Tuesday, April 27, 2010

Pengalaman Yang Sungguh Menakutkan.


Semalam nak balik lepas punch out pukul 7pm macam biasa la pergi ke parking lot. Sekali tengok bas kilang dah block sama itu depan kereta saya lalu mencarut-carut di dalam hatiku ini kerana terpaksa menunggu bas itu jalan dalam tempoh 10 minit. Jadi lepak la dulu dalam kereta kejap. Selalu masa pulang hantar member baik kat opis dulu pulang :wink::wink: WAHAHAHA tapi nasib baik semalam telepon dia sudah kong jadi saya tak kisah la dia nak balik macam mana pun.

Tapi cuaca agak panas maka terdetik la niat nak start enjin pasang air-cond semua. Sekali bila pulas je kunci kereta tanak start. ADOYAI! Battery flat. Maka mencarut-carutla saya sekuat di dalam hati. Telepon la member sama program nasib baik dia baru je lepas main gate dan dia buat U-turn.

Itupun kena tunggu semua bas-bas kilang jalan baru dia bole park dekat untuk buat jumpstart. Keta saya ada 2 set kabel jumpstart sebab selalu sangat tolong jumpstart kereta orang dan juga kereta kebal askar yang rosak di tepi jalan. Tapi hari semalam, battery kereta saya decided untuk memelatkan dirinya. Semasa nak jumpstart itu, dapatlah saya menerangkan kepada kawan saya itu tentang:
(1)kepentingan adanya cable jumpstart disediakan dalam kereta.
(2)kemachoan sekiranya dapat menolong mengejumpsetatkan kereta yang rosak ditepi jalan
(3)cara-cara meletakkan crocodile clips wayar jumpstart itu
(4)cara membezakan warna merah dan hitam sekiranya anda seorang yang rabun warna
(5)kepentingan menukar batteri
(6)kepentingan membantu member yang memerlukan jumpstart

Semuanya diterangkan atas niat membodek dan berterima kasih atas belas ikhsannya.

Setelah berjaya dihidupkan, member saya pun pulang tergesa-gesa untuk makan nasi bersama familinya almaklumlah 1st gaji lambat lagi nak masuk.

Jadi saya tengok kereta saya itu sangatla menyedihkan. Bila engine dalam keadaan idle, ia tersengguk-sengguk dan hampir-hampir mati dan saya terpaksa menekan minyak agar putaran engine itu agak tinggi dan tak mati. Dalam hati saya hanya ada satu equation; Mati engine = tabley start. Itu adalah sungguh menakutkan.

Kemudian saya keluar dan pusing-pusing area AU2 Keramat itu untuk melihat keadaan engine. Memang takbley start sekiranya engine saya mati. Setiap kali nak berhenti, saya cepat-cepat tukar ke gear neutral, N - automatic transmission dan menekan pedal minyak. Tapi bila dah tekan pedal minyak, tabley plak nak tekan brek. Dan koordinasi otak saya adalah tidak stabil untuk menggunakan kaki kiri untuk menekan brek dan kaki kanan untuk menekan minyak. Jadi saya guna handbrake aja. Bayangkan setiap kali nak berhenti kena tukar gear neutral, kena tekan minyak, dan tarik handbrake. Kalau saya tekan minyak dulu mau langgar terus kereta depan. Atau saya terus brake dan engine mati.

Kenapa saya tamau engine mati? Sebab saya akan melalui MRR2. Satu rule jalan ini ialah, asal ada rosak je kereta ditepi atau ditengah jalan, jalan akan jadi jam 13-23 km. Ia adalah suatu perkara yang sangat HINA! iaitu kereta rosak di MRR2. Tak kirala anda pakai Porsche Cayenne ka, kereta peronda helang ka, atau pun anda anak kandung Perdana Menteri Burkina Faso ka, ia memang satu perkara yang sangat memalukan.

Tapi berkat doa dan usaha tangga kejayaan saya, saya berjaya sampai ke rumah. Lampu dari headlights pun segan-segan je terangnya macam pakai lilin la pulak. Bila turn off ja engine, dan cuba nak idupkan balik, memang tidak berjaya. Bersyukur la jugak engine tak mati.

Jadi hari ini boss saya antar dan amik saya dan tolong tukar battery baru. Nak tukar sendiri tak mampu hehehhehehehehehe

1 comments:

Mas Ai said...

hahaha,..memang ngeri jadi penyebab jem,......~